LovelyCakes selling HALAL and freshly homemade Cakes and Biscuits with various flavour for you to order any time and any occasions.



Monday, June 29, 2009

Cupcakes kosong dan Kek tingkat

Salam uols,
Minggu lepas adalah minggu yg sangat memenatkan... 3 hari tido pukul 4 pagi nak menyiapkan tempahan cupcakes kosong yg diorder oleh Linda sebanyak 2200 biji dan 2 tingkat kek kahwin.
Alhamdullilah semuanya selesai jam 11 pagi Khamis lepas tu terus bergerak hanta ke Temerloh, Terima kasih Linda.
Hari Jumaat Ogy MC qada tido...huhuhuuhu...
Gambar dibawah adalah kek condo 2 tingkat.
Gambar cupcakes yg siap dibungkus Ogy terlupa nak amik gambo.. jamu mata dgn kek kondo jer la ya!


Monday, June 22, 2009

I'm getting slow!

Salam Uols,
Ini projek minggu lepas... ada beberapa order untuk saya yg slow ni. Saya hanya amik order utk weekdays sahaja minggu lepas.. sebab Sat & Sun saya nak berehat dan menyediakan barang2 untuk order Linda dan menghantarnya ke Temerloh pada hari Khamis.
Jadi minggu ni saya tutup order hingga minggu depan baru buka semula, saya akan sangat busy minngu ni.
Untuk minggu ni saya dah tak mampu nak amik order lain selain dari order Linda.
Maaf ya buat sesiapa yg teringin nak order minggu ni saya tutup seminggu... minggu depan Isnin 29 June saya buka semula.
Ini order dari Zulia, she's my loyal customer.
This time Zulia order for father's day... yg Ogy sudah tersalah tarikh hehehhee.. Thank you!From Zulia juga utk Hubby.
FYI : Untuk order 3 small cute cuppies ni Ogy hanya buat jida ada cuppies extra ya!
Order from Wan utk makan2 dirumahnya. Thank you.
Order from Dya..this time Dya request utk father's day pulak.. Bagus2 betul bakal menantu nih! Thank you!
Order from my cousin Sipere...She's order Choc Marble Cheese cake yg Ogy surahkan dgn choc. Thank you!
Cuppies order from Anisah.. Thank you!
Dan terakhir sekali sebiji kek Buah Kukus yg Ogy lupa nak snap gambo.. order from cikgu2 di Sri Garden School.

Tuesday, June 16, 2009

Cupcakes dan Cake

Salam uols,
Ni antara gambar order utk minggu lepas..lambat sket upload sibuk gitu.

Ni cupcakes kosong tempahan dari Nuur choc dan vanila 400 biji kesemuanya.
Terima kasih Nuur.
Tempahan dari my cousin Farah utk my uncle. Thank you.
Blueberry Cheese tart again from Lin. Terima kasih Lin


Dan akhir sekali Rich Moist Choc Cake order dari Lala. Terima kasih Lala.

Monday, June 8, 2009

Cupcakes dan kek Fondant

Minggu lepas banyak betul tempahan cupcakes sampai tak menang tangan dibuatnye..Alhamdullilah rezeki utk anak2.
Cupcakes diatas adalah repeat order dari Nuur. Nuur si my Loyal Customer almost every month mesti dia ada order. Terima kasih Nuur.
Order diatas pun from my loyal Customer gak. Lin pun dah banyak kali order. Terima kasih Lin.
Cuppies yg cute kat atas tu pun order dari Lin. Idea from her... 3 small cuppies put in one pack.
Cute aikk!! I like comel sangat.
Small cuppies put in one box beserta dgn reben request dari Fatim. Glad your family likes it.
Ini pun order from Fatim M saiz cuppies diletakkan didalam butterfly box.
Sorry ya Fatim.. janji delivery last minute despatch boy kata tak boleh hanta mau tak panik akak.. Nak hanta tak dan sebab ada order lain yg kena siapkan mlm tu jugak.
Sudahnya Fatim kena la dtg amik sendiri. Sorry Ya and Terima Kasih Fatim.

Order seterusnya dari Sherry utk kawannya. Kek Fondant bentuk buku. Ikut plan asal muka depan buku tu guna edible. Ogy dah tempah tapi ediblenya tak muncul tiba nak marah pun ada with the supplier tapi nak buat camne benda dah jadi Frust sangat. Sudahnya kena la tulis sendiri senget benget jadinya. Terima kasih Sherry.

And last order for last week 500 pcs M saiz cupcakes kosong ordered from Ezeryn.. yg ni pun ada kisah gak... dah siap membakar bila tiba packing plastik tu tak pulak tak cukup.. nak ikutkan cukup la sebab kat luar plastik tulis 500 keping sudahnya tak cukup kelam kabut pagi tu keluar beli plastik lagi sebab masa habis bakar dah mlm.. mana ada kedai bukak lagi dah kol 3 pagi huhuhuhu.. Ezeryn nak collect kol 11 pagi sudahnya tak dan pun nak buat packing semua.

Ezeryn amik cupcakes beserta dgn plastik utk dibungkus sendiri. Maaf ya! bukan salahku salahkan plastik yg tak cukup tu.. Gambo pun tak dan nak amik. Terima kasih Ezeryn.

Tuesday, June 2, 2009

Minggu yang sibuk

Minggu yg agak penat! saya diberi kepercayaan oleh Nana untuk membuat set meja pengantin.. ingat tak saya pernah keluarkan pakej meja pengantin.. nah! ni ada customer request saya buat bertemakan gold.
Set ni nak dibawa balik ke Tanjung Malim...Ini baru body yang saya dah siap cantum-cantumkan supaya senang nanti depa kat sana letak je cupcakes tu nanti.

Ni pula percubaan meletakkan cupcakes utk tgk kukuh tak condo buatanku.. hehehhe..
Nana order lain sket sebab dia request utk tingkat paling atas diletakkan sebiji kek beserta dgn edible.. cute aik gamba depa!
Ni cuppiesnya penghuni buat condo emas Nana. Thank you Nana!

Next order dari Miza untuk birthday anak buahnya Yaya! Thank you
Ni pula Blueberry cheese tart order dari Lin. Thank you
Dan akhir sekali order dari Nurul@Cokelat she's order cupcakes kosong. Gambo yelekk!! tak sempat nak amik gambo.