LovelyCakes selling HALAL and freshly homemade Cakes and Biscuits with various flavour for you to order any time and any occasions.



Saturday, August 14, 2010

Biskut Raya

Salam,
Dah seminggu kita berpuasa...
Disini Saya nak iklankan biskut raya tahun ni.
Hanya 4 jenis saja tapi semuanya enak dan semestinya berkualiti.
Mari kita berkenalan dgn biskut2 itu.

Choc Treasure my no.1 top sales... Biskut ni sentiasa mendapat permintaan walaupun bukan di musim perayaan.
Harganya RM 22 / 50 biji
Snow Almond biskut ini pun mendapat sambutan yang hangat... Tersenarai dlm top 5 biskut yg sedap tahun lepas.
Rasa almond dan cokolat yang disalut serbuk roti memang sangat enak.
Harganya RM 22 / 50 biji
Biskut Gajus biskut klasik yg sentiasa mendapat tempat dihati orang ramai.
Sangat enak sehingga ke peringkat kanak2 mengemarinya.
Harganya RM 20 / 50 biji
Sweetie Love biskut ala-ala mama carrie tapi diolah menjadi sweetie sangat enak kerana rasa biskut yang cair didalam mulut... ditambah pula dengan keranggupan putih telur yg manis sebagai hiasan.
Harganya RM20 / 50 biji
Untuk sample sila sms nama dan alamat. Sample adalah terhad.
Tempahan dibuka sehingga 21 Aug 2010 sahaja.

Friday, August 6, 2010

Cupcakes Sale!!!!!

Salam,
Nak iklan sket!!!!!
Selasa 10 Aug ni ada buat fast sale cupcakes, Cupcakes ni lebihan dari order tak terlarat teman nak perabihkan.
Jadi sesapa yg teringin nak rasa bole la order ya! Reply kat ruang komen jer nanti ai check.
Ataupun nak jamu rerakan atau family sempena menyambut puasa molek bebenor.
Sapa order dlu dia la yg dapat.
Only 2 kotak jer yg ada.... details kat bawah beserta gambar.

12 pcs L size Cupcakes per box

Choc flavour
Choc Frosting
Price RM24 only
Self pick up kat KLCC 12pm atau 5pm
Kalau nak delivery boleh! tapi takde masa nak klua jadi kena la guna khidmat dispatch boy. Delivery charge RM6 Klang Valley area.
FYI... design hok gitu jer takde gempak2 punyer sebab tidak punya banyak masa.

Thursday, June 17, 2010

Pakej untuk majlis berkat

Salam! LovelyCakes ada menyediakan pakej istimewa utk para tetamu dihari bahagia anda.
Sesuai juga untuk sebarang majlis.
Terdapat 3 pakej yg menarik dan harga yang berpatutan.


Pakej Butterfly

RM 1.50 / 50 box = RM 75.00

RM 1.20 / 100 box = RM 120.00
Container plastik yg mempunyai corak butterfly diatasnya dan mengandungi 4 mini muffin.
Pilihan 2 perasa untuk setiap kotak.

Pakej Bulan -
100 - 300 pcs / RM 1.30 per pcs
300 - 600 pcs / RM 1.20 per pcs
600 - 1000 pcs / RM 1.10 per pcs
Container berisi cupcakes kosong saiz M + stiker terima kasih.
Hanya 1 perasa untuk setiap 100 biji.
Pakej Bintang -
100 - 300 pcs / RM 2.50 per pcs
300 - 600 pcs / RM 2.30 per pcs
600 - 1000 pcs / RM 2.10 per pcs
Cupcakes with dome casing berisi cupcakes saiz L beserta hiasasan buttercream.
Hanya 1 perasa untuk setiap 100 biji.

Perasa kek :
Chocolate
Butter
Pandan
Orange
Strawberry


Jika ingin order lebih dari 1000 biji harga istimewa akan diberikan.

Tuesday, June 15, 2010

Bismillahhirahmannirahim

Saya kembali berwajah baru setelah hampir setahun menyepi... menyepi bukan sebarangmenyepi ya! tapi menyepi sambil mengasah ilmu.
Hampir setahun berehat, menenangkan hati serta mentarbiah diri akhirnya Lovely Cupcakes yg kini diberi nama baru Ogy LovelyCakes bangun menyahut cabaran yg pastinya lebih mencabar.
Nama Lovely Cupcakes telah digantikan dengan Ogy LovelyCakes adalah simbolik ibarat lahirnya sesuatu yg fresh, lebih bertenaga serta lebih berdaya saing. Dan membawa motto yg baru CAKES BAKED WITH LOVES.
Ya! I love baking so much! bercuti hampir setahun hanya satu tempoh berehat dan belajar, Sebagai manusia biasa saya mengalami simpton give up dan penat yg teramat... give up disini adalah kurangnya ilmu saya menangani masalah dalaman dan penat kerana kurang pandai membahagi masa.
Insyallah! Walaupun sekarang saya ada baby 1 tahun 8 bulan saya cuba membahagikan masa untuk anak-anak dan busines sebaik mungkin.
Saya harap kembalinya saya ke arena perniagaan baking ni diterima dan terus mendapat sokongan anda.
Terima kasih pada yg masih sudi menghantar borang order serta sms, sokongan anda sangat dihargai.

Wednesday, November 25, 2009

New Projek!

Apa kes ngan Lovely cupcakes?
Masih wujud cumanya buat masa ni Ogy nak beri sepenuh perhatian kepada dua-dua budak kecit tu... Kalau Ogy membaking masa utk mereka sangat sikit..sian kat depa.
Bila depa dah besar sket insyaallah Lovely Cupcakes akan muncul semula dgn wajah baru..nantikan ya!.

Tuesday, November 17, 2009

BERCUTI!

Salam uols,
Mesti ramai yg tertanya kenapa blog ni lama tak berupdate?
Kami sebenarnya sedang bercuti utk satu jangka masa yg lama, Ini supaya kami dpt beri tumpuan penuh kepada satu projek yg lain.
Insyaallah satu hari nanti kami akan hebahkan apa projek itu disini.
Sementelah bercuti memang kami tidak menerima sebarang order ya.
Sehingga bila baru beroperasi semula?
Insyaallah bila keadaan mengizinkan kami akan beroperasi semula dgn wajah baru dan semangat yg baru.
Dari itu doakan la supaya hasil2 dari Lovely Cupcakes dapat kamu nikmati semula... tu pon kalau ada org ingat lagikan eheheehe.
Jgn ingat Lovely Cupcakes dah berkubur ya! kami masih ada cumanye yg dulu didulukan yg kemudian dikemudiankan... tulang 4 kerat kami tidak larat nak menggalas semua tanggungjawab.
Jemput masuk kesini utk sebarang cerita baru kami.
Sekian dulu sehingga berjumpa lagi jika dipanjangkan umur.
DENGAN INI LOVELY CUPCAKES AKAN BERCUTI BERMULA 17 NOV 2009 SEHINGGA ~~~~~~~

Monday, November 2, 2009

Lagi gambar order

Ini baru terjumpa lagi gamba..
Yg ni order from my sista Thank you
Yg ni Ogy minta maaf terlupa nama sapa yg order..maaf ya dan terima kasih.