LovelyCakes selling HALAL and freshly homemade Cakes and Biscuits with various flavour for you to order any time and any occasions.



Monday, December 22, 2008


Tempahan dari Hisham Sentul untuk anniversary mereka, first time dpt customer lelaki request kek utk anniversary selalu perempuankan! Dia sengaja request 7 kuntum ros simbolik utk usia perkahwinan mereka. Kek dlm kek coklat dilapisi ngan stawberry paste. Thanks.


Tempahan dari Aini Kajang berpusing nak cari rumah you.
Aini request clown dan kung fu panda kesukaan anak dia, hok clown tu ok lah tapi panda terpaksa la Ogy guna edible. Kek dlm kek coklat kukus yg dilapisi coklat syrup. Thanks Aini.
Tempahan last minute dari Jiran Kak Miah untuk hadiah pertunagan anak buah dia.
Order malam nak bawa esok pagi. Uwaaa!! nanggis tau nasib baik bahan2 semua ada kat rumah dan dia nak simple design. Lepas baby dan abangnya tidur terus kukus kek buah kemudian uli fondant dan campurkan warna, dah ada anak kecik ni semuanya keja kena buat ikut time tidur dia kalau tak haru. Esok pagi lepas solat subuh terus deko nak deko terus mlmnya dah tak dan. Thank you.

Monday, December 15, 2008

Set Meja Pengantin

Assalammualaikum!
Lovely Cupcakes juga ada menyediakan perkhidmatan Set Meja Pengantin atau Main table.
Cth:

Apa yang terdapat didalam set tu?
~ 50 biji cupcakes saiz besar dihiasi dengan Buttercream warna dan design pilihan anda.
perasa pilihan Choc, Vanila, Oren atau Strawberry
~ Satu Jambangan bunga
Kalau mahu jambangan bunga hidup extra RM 30
~ Lingkaran bunga
~ Alas kek yang dihias dengan lace.
~ 6 biji wine glass ( jangan guna utk minum wine tau! tuang air sejuk hehehehe)
~ Kain Satin
Wah! Berapa pula harganya ?
Tak mahal hanya RM 180.00 tak sampai pun RM 200.00 murahkan!
*Free delivery.
Cepat! tempah sekarang!

Thursday, December 11, 2008

Tempahan Kek Hari Raya Aidilfitri



Ini pula gambar tempahan kek yg menjadi kegemaran pelanggan Lovely Cupcakes Walnut Carrot Cake dan Choc Marble Cheese Cake ada lebih kurang 30 biji semuanya tapi tak berkesempatan nak snap semua kek ada yg ambil guna camera HP tapi terdelete pon ada sakit hati tau.
Alhamdullilah dengan kudrat yg tak seberapa rezeki mencurah bulan ramadhan lalu., bila diingat balik masa marathon siapkan kek dan biskut mcm tak percaya pulak.

Tempahan biskut hari raya aidilfitri

Saja nak upload gambar, baru berkesempatan.
Tempahan2 biskut hari raya aidilfitri yg lepas, tak menang tangan dibuatnya alhamdullilah dalam perut memboyot semuanya dapat diselesaikan.
Antara biskutnya Choc treasure, Choc Chip, Vanice Shortbread dan Oren Dahlia.

Wednesday, December 10, 2008

Budget Perkahwinan

Assalammualaikum!
Budget ni khas buat bakal2 pengantin atau sebarang majlis.
Harganya:
100 - 300 biji = RM 1.90
300 - 600 biji = RM 1.80
600 - 1000 biji = RM 1.70
1000 - 2000 biji = RM 1.60
2000 biji keatas = RM 1.50
Harga asal adalah RM 2.00 sebelum diskaun
Harga diatas termasuk hiasan menggunakan buttercream yang warnanya mengikut tema perkahwinan anda.
Dibawah adalah contoh design yg boleh di pilih, terdapat sepuluh design yang pasti menarik hati anda.

SP 1 SP 2 SP 3 SP 4

SP 5 SP 6 SP 7 SP 8
SP 9 SP 10
Untuk harga sebegini cupcakes anda akan disertakan dengan casing berbentuk dome jadi cupcakes anda sentiasa didalam keadaan bersih, segar dan mudah untuk pengendalian.
Nak lagi! cupcakes anda juga disertakan dengan reben yg comel mengikut tema warna perkahwinan anda.
Cukup tak? nak lagi! cupcakes anda juga akan diberikan sticker terima kasih beserta nama anda dan pasangan.
*Pilihan Perasa kek :
Choc
Vanila
Oren
Strawberry
Murah! Semoga bersesuaian dengan budget anda

Resepi Puding Buah-Buahan

Hari ni banyak masa yang terluang,
Saya ada resepi campak-campak akhirnya jadi puding yang sangat sedap, semua menggunakan bahan2 yg hampir nak expired dari membazir ku masakkan mereka.
Dapat la bagi jiran kiri kanan merasa, my mom suka sangat tak manis sangat.
Taktau nak bagi nama apa jadi saya namakan Puding buah-buahan jer la.

Bahan2-
1 tin laici - asingkan air dan buah
1 tin ciub nenas - asingkan air dan buah
1/2 tin buah peach - asingkan air dan buah
1 cawan susu segar
5 cawan air
4 sudu makan serbuk agar2
1 cawan gula

Caranya-
Masukkan semua bahan cairan, gula dan agar masak sampai menggelegak.
Kemudian masukkan buah-buahan pula masak kejap jer dan masukkan dlm loyang saya suka kalau buah tu masih terasa bila digigit tak lembik dan sejukkan
Wallaa! dah sejuk ngap la sedap jer lalu kat tekak.

Baby Alesha

Assalammualaikum!
Lama dah tak update blog! takda masa nak menaip lebih2 lagi bila dah ada baby Alesha.
Alhamdullilah Alesha dah 5kg sekarang ni, sebulan naik sekilo lagi tembun dari abang dia.
Aktiviti biz sudah bermula pada sesapa yg nak menempah kek dipersilakan.
Esok saya akan keluarkan promotion baru khas untuk mereka-mereka yang akan mendirikan rumah tangga.
TUNGGUUU!!!

Wednesday, July 30, 2008

Salam buat semua!

Alhamdullillah saya dah kembali, Kesihatan pun dah semakin baik ala2 sudah perkasa gitu.

Sekarang ni kandungan saya dah masuk Bulan kelapan insyaallah pertengahan bulan sepuluh harap2 selepas raya la saya akan melahirkan bayi ***** biarlah rahsia dulu..hehhehe..

Aktiviti membakar kek sudah bermula sebulan lalu cuma tak berkesempatan nak update blog.

Ada beberapa kek yg gambarnyer sempat diambil dan ada yg terlupa maklumlah dah lama tak beraktiviti.

Disamping itu ada adjustment dari seri harga kek, cuppies dan courier charges, harga barang semakin naik takda yg turun minyak pon naik melampau jadi nak tak nak saya terpaksa menaikkan harga kalau tidak makcik demam nanti.

Satu lagi chatting box tu saya dah tukar yg dulu tu saya tak boleh buka, jadi kalau ada sebarang pertanyaan bolehlah guna chatting box yg baru tu.

Till then! any update saya akan buat bila kelapangan.

Tuesday, April 8, 2008

Salam semua!
Penguguman buat semua pengunjung Blog Lovely Cupcakes!
Saya buat masa ni terpaksa menutup kedai buat sementara waktu kerana keadaan badan yg tidak mengizinkan saya kedapur membakar kek.
Utk pengetahuan semua saya sekarang sedang mengandung 2 1/2 mths, dgn mabuk2 dan muntah2 yg teruk saya terpaksa mengundurkan diri buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Doakan saya hilang segera mabuk2 dan muntah2 ni semoga dpt kembali ke dapur membakar kek utk anda ya :) .
Sabtu minggu lepas saya baru keluar dari ward, kena masuk air 7 btl badan kurang air dan kencing kotor. Tak larat rasanya. Tapi ini dugaan mengandung nak buat mcm manakan.
Insyaallah saya akan embali setelah sihat segar bugar nanti.
Maaf pada yg ingin mengorder kek dan cuppies tapi saya terpaksa menolak buat masa ni.

Friday, March 14, 2008

Last Week order!
Tak amik order banyak sangat sebab kepala tgh pening2 lalat nak deco kek pun
amik masa.

Kek Hantaran ordered by Ci from UIA! Thank you! Cubaan membuat bunga ros dari buttercream Ahaks!


Kek Coklat kukus ordered by Ci juga Thank you.


Cuppies coklat cake ordered by Reen from Baker Thank you!

Monday, March 3, 2008

Separuh dari gambar Kek dan cuppies selama Ogy bertapa tak mengupdate blog.
Ada banyak lagi gambar CNY, Valentine dan cuppies Ogy terdelete dlm simpanan wwaaaa!! sedih dibuatnyer.
Layanzzz!!
Cuppies oredered by Reen from baker. Thank you!
Marble Cheese Cake ordered by my sista' for her husband!
Doll Cake ordered by Aslia from Baker Thank you!
Cuppies ordered by Ci from UIA Thank you!
Cuppies hantaran ordered by Ci from UIA jugak Thank you!

Monday, January 21, 2008

NEW PRODUCT!

BROWNIES CHEESE KUKUS

Kali ni Brownies dikukus pula dan ditambah dgn cream cheese dan chopped almond.
Rasa dia tak chewey tapi padat.
HARGA : RM 40
SIZE : 9"
Choc Topping extra RM 5
Kek Bertunang ordered by my neighbour, kek ni nak dibawa ke Johor jadi Ogy tak design heavy sangat takut susah pulak nak membawanyer nanti.
kek dalam kek oren dihias dgn buttercream.

Thursday, January 17, 2008

Cupcakes Price & Package

Effective today 15 Dec 2010
Ada perubahan pada harga cupcakes ya!
NEW PRICE
Size S RM 1.80 per pcs min order 24 pcs
Size M RM 2.20 per pcs min order 12 pcs
Size L RM 2.50 per pcs min order 12 pcs

NEW PACKAGE PRICE
Size S min 40 pcs / box = RM 70.00
(Simple deco due to limited space )
Size M min 30 pcs / box RM 64.00
Size L min 25pcs / box RM 60.00
* All frosting with Buttercream or Choc Buttercream

EXTRA REQUEST!
Frosting with Special Choc Ganache extra RM 0.30 / pcs
Deco with fruits extra RM 0.30 / pcs ~ Strawbery, Grape, Apple etc....
Deco with edible image extra from RM 0.80 / pcs ~ depends on cupcakes size
Deco with fondant extra RM 0.30 / pcs
New Item!

Chewey Ghowey Brownies

Sempena tahun baru Lovely Cupcakes ada menyediakan menu baru Chewey Gowey Brownies.
Penuh dgn rasa coklat dan Almond Chunk didalam adunan, Dihias pula dengan hirisan badam.
Anda boleh pilih samada Brownies ini dibakar atau dikukus.
Harganya cuma RM 40
Size : 9" x 9"
Chocolate Topping extra RM5
Minggu lepas adalah minggu Walnut Carrot cake ramai pulak yg mengordernya! ddisamping tu ada juga kek2 lain.

Walnut Carrot Cuppies with mix design ordered by Watie Thank you and sorry for the hassle ya!

Whole Walnut carrot cake ordered by Watie jugak!
Walnut Carrot Cake jugak ordered by my Untie for her hubby who likes Walnut Carrot cake so much!

Marble Cheese Cake yg di make upkan menjadi Disney princess mcm rupa hantu pun ada hehehhehe.. Ini di order oleh Nina Thank you.

"Are you ready kids? Ai yai Captain"
Sponge Bob in da house kek dalam Kek Coklat kukus yg di make upkan jadi sponge bob ordered by Rosie Thank you!


Tidak dilupakan Kek Gula Hanggus ordered by my sista' utk disedekahkan pada jiran2nya.

Monday, January 7, 2008

Last Week cake!



Kek Cokelat kukus ganache with dark choc and white choc.


Marble Cheese cake ganache with dark and white choc.