LovelyCakes selling HALAL and freshly homemade Cakes and Biscuits with various flavour for you to order any time and any occasions.



Wednesday, November 25, 2009

New Projek!

Apa kes ngan Lovely cupcakes?
Masih wujud cumanya buat masa ni Ogy nak beri sepenuh perhatian kepada dua-dua budak kecit tu... Kalau Ogy membaking masa utk mereka sangat sikit..sian kat depa.
Bila depa dah besar sket insyaallah Lovely Cupcakes akan muncul semula dgn wajah baru..nantikan ya!.

Tuesday, November 17, 2009

BERCUTI!

Salam uols,
Mesti ramai yg tertanya kenapa blog ni lama tak berupdate?
Kami sebenarnya sedang bercuti utk satu jangka masa yg lama, Ini supaya kami dpt beri tumpuan penuh kepada satu projek yg lain.
Insyaallah satu hari nanti kami akan hebahkan apa projek itu disini.
Sementelah bercuti memang kami tidak menerima sebarang order ya.
Sehingga bila baru beroperasi semula?
Insyaallah bila keadaan mengizinkan kami akan beroperasi semula dgn wajah baru dan semangat yg baru.
Dari itu doakan la supaya hasil2 dari Lovely Cupcakes dapat kamu nikmati semula... tu pon kalau ada org ingat lagikan eheheehe.
Jgn ingat Lovely Cupcakes dah berkubur ya! kami masih ada cumanye yg dulu didulukan yg kemudian dikemudiankan... tulang 4 kerat kami tidak larat nak menggalas semua tanggungjawab.
Jemput masuk kesini utk sebarang cerita baru kami.
Sekian dulu sehingga berjumpa lagi jika dipanjangkan umur.
DENGAN INI LOVELY CUPCAKES AKAN BERCUTI BERMULA 17 NOV 2009 SEHINGGA ~~~~~~~

Monday, November 2, 2009

Lagi gambar order

Ini baru terjumpa lagi gamba..
Yg ni order from my sista Thank you
Yg ni Ogy minta maaf terlupa nama sapa yg order..maaf ya dan terima kasih.

Friday, October 30, 2009

Order selepas raya

Salam..
Lama tak update ya! Ogy agak sibuk selepas raya hari tu... sampai naik berabuk dah rumah.
Ini antara order yg Ogy terima selepas raya.
Sampai sapa yg order pon Ogy dah tak ingat maaf la ya!
Order dari Lin cupcakes kosong, Dalila Cuppiesnya dan beberapa lagi customer yg Ogy terlupa nama maaf la gambar cuppies kamu Ogy terlupa nak snap.
Dan mana-mana order yg Ogy terpaksa tolak harap dimaafkan jugak kerana keadaan tidak mengizinkan. Mungkin rezeki kamu dilain hari.
Ini order dari Ain, Terima kasih
Ini order dari Norita. Terima kasih!
Order dari Dya. Terima kasih Dik!
Juga Ogy terlupa nama sipengorder Maaf Ya dan Terima kasih!

P/S :Minggu depan Ogy akan keluarkan Cupcakes set dan promosi package..jadi nantikan ya! Promosi package sehingga 1 January 2010 shj.

Tuesday, September 15, 2009

Kad Raya

Terima kasih pada yg sudi beri kad raya! mcm zaman sekolah lak rasa...

Selamat Hari Raya

Salam uols,
Alhamdullilah akhirnya tempahan sebekut raya yg beribu biji tu dpt Ogy siapkan dgn jayanya.
Walaupun ada yg call tanya nak order biskut tapi Ogy terpaksa tolak kerana tenaga dan masa yg tak cukup.
Ogy minta maaf banyak2 kalau ada yg terasa hati sebab Ogy terpaksa tolak order ya! Terutama kepada Linda, Ain, Kak Pida dan beberapa org lagi yg Ogy tak ingat nama.. cuba tahun depan.
Alhamdullilah order tahun ni melimpah ruah... rezeki anak2.
Walaupun Ogy terpaksa buat semua tu sendiri... Geram sebenarnya sebab maid yg patut membantu membuat sebekut tu lari sudahnya Ogy kena buat semua order tu sendiri.
Kalau ikutkan tak ada pembantu Ogy takkan amik order banyak2... tapi tu la kalau tuhan dah tentukan rezeki tu...kan walaupun Ogy sorang yg buat Alhamdullilah siap jugak akhirnya.
Ok! cukup dgn cerita sebekut..
Ogy nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat pelanggan-pelanggan Lovely Cupcakes serta kawan-kawan Cyber sekalian.

Semoga selamat beraya walau dimana anda berada...
P/s : Pada yg buat tak elok pada Lovely Cupcakes tu anda saya maafkan juga!
Dgn ini Lovely Cupcakes sambung cuti sampai 28 September baru beroperasi semula...
Saya mahu rehaaattttt!!!

Monday, August 24, 2009

Selamat berpuasa!

Salam Ramadhan buat semua..
Semoga tahun ini puasa anda diberkati... Amin!
Ok! bermula 1st ramadhan 22 Aug sehingga 27 Sep tempahan untuk Kek dan Cupcakes ditutup ya!...
27 Sep baru kek dan cuppies beroperasi semula.. Ini utk beri laluan saya menyiapkan tempahan biskut dan berehat juga sebenarnya supaya dpt menjalani ibadah puasa dgn aman!
Satu lagi tempahan biskut raya Ogy dah tutup ya! dah sampai limit takut amik lelebih karang tak terbuat pulak.
Blog ni pon cuti gak sepanjang bulan puasa.. lepas raya baru saya update dgn gamba2 order ya!
Tapi blog http://jemariseni.blogspot.com/ Ogy update..kalau rindu (ader ker ... hehhehehe) boleh la jenguk situ ya!
Sekian!

Monday, August 17, 2009

Biskut Raya

Salam Uols,
Biskut Raya kembali lagi...
Maaf la kalau lambat kluakan iklan biskut raya ni... ramai yg menunggu sample, ada technical problem dan kesuntukan masa.
Org lain dah kluakan lama dah sample Ogy baru minggu ni berkesempatan.. takpe slow-slow kayuh aik!
Sesapa yg nak sample sila sms Ogy.. Ogy akan cuba hantar secepat mungkin.
Buat yg jauh Ogy akan kirim menggunakan curier.
Tapi penghantaran bermula hari ini atau sehingga stock sample masih ada ya! kalau dah habis harap maaf!
Untuk tempahan boleh sms atau email Sila nyatakan:
Nama
No Hp
Alamat
Jenis Biskut
Qty
Biskut-biskut akan dihantar 2 minggu sebelum raya insyaallah.
Tempahan dibuka sekarang sehingga 1st ramadhan.
Tempahan juga dibuka untuk yg duduk luar KL... Ogy akan curier biskut ke alamat anda.
Ok! tahun ni Ogy hidangkan 5 jenis biskut raya antaranya...
Choc Treasure - RM20 / 50pcs
Biskut ini dah 3 tahun Ogy buat dan menjadi pilihan ramai... tetap No 1 sale.
Nut's Choc Chip - RM20 / 50pcs
Biskut ni memang sarat dgn Choc chip dan kekacang... rasanya ala2 famaous amos for my tekak la... hehehehe...
Budak-budak mesti suka.
Biskut Roche - RM20 / 50pcs
Yang ini sekali pandang mcm ala-ala ferrero Roche aik? atau nama lain biskut ni adalah Biskut Denmark.
Biskut ni ada rasa biskut samperit jugak cumanya ada tambahan choc dan kacang diluar.
Biskut Mazola - RM18 / 50pcs
Asyik biskut moden jerkan... kali ni Ogy masukkan satu biskut traditional..
Sapa tak kenal biskut mazola @ biskut kacang.. rasanya sangat lembut cair dimulut gitu.
Biskut Ghee Ranggup - RM18 / 50pcs
Biskut ni ada sentuhan ala-ala biskut arab @ biskut suji cumanya biskut ni dia crunchy.
Rasanya lemak sebab menggunakan ghee.
Jika dilihat kebanyakan biskut Ogy mesti ada Choc tak pun kekacangkan..sebab 2 mende tu yg paling Ogy suka... Jadi bila kita buat sesuati yg kita suka insyaallah the turn out pasti memberangsangkan.
Jgn tunggu lagi tempah sekarang sebelum order ditutup.
TERIMA KASIH!

Monday, August 10, 2009

Fazreen, Anisah, Kak Miah

Salam Uols,
Ini antara order minggu lepas.
Yang pertama order dari Fazreen fondant Kereta mini dan roses.
Model Kereta yg dah siap.. ada ker rupa Mini Car ni???
Selepas dibungkus!
Order Kedua fondant roses.
Selepas dibungkus!
Terima kasih Fazreen moga2 bride & groom suka.
Order yg ketiga dari Anisah Marble choc cheese yg dicurahkan dgn Choc! Terima kasih
Dan yg terakhir order dari Kak Miah my neighbour untuk pertunangan anaknya. Terima Kasih!

Tuesday, July 28, 2009

Nasib si duyung!

Wahai perigi, perigi, airnya biru,
Tempat bermain, bermain, pari dan mambang,
Mohon izinkan hamba merayu ibu,
Izinkan hamba merayu ibu,
Bagi penawar, hatiku yang bimbang,
Wahai bonda, ibu kandungku.
Wahai bondaku, bondaku, si ikan kaloi,
Timbullah bonda oiii timbullah, tunjukkan diri,
Nasi melukut dengan sayur keladi,
Nasi melukut, sayur keladi,
Untuk bondaku, di pagi hari,
Wahai bonda, ibu kandungku

Wah! duyungku menyanyi... hehehhee..

Minggu lepas tak amik order sebab sibuk ngan sample biskut raya..

Tapi atas permintaan rakan sekerja Ogy gagahkan jugak. Terima kasih Wan!

Monday, July 20, 2009

Nor, Noor,Azreen, Ain,Dila & Azura

Salam Uols,
Order-order untuk minggu lepas.

12 biji L saiz cuppies choc order dari Nor terima kasih.
Diikuti dgn Walnut carrot cake order by my sista untuk makan di sekolahnye.
Seterusnya order dari Azreen small cuppies dicampur dgn cuppies saiz L berperisa choc Terima kasih.
order from my sista kek choc kukus utk party disekolah anaknya Terima kasih.
Walnut carrot cake sekali lagi muncul order from my sista utk kenduri dirumah iparnya terima kasih.
Marble choc cheese yg dicurahkan dgn choc order dari Dila yg terpaksa ambil sendiri. Maaf ya dik dan terima kasih.
Dan yg terakhir order dari Azura untuk majlis perkahwinannya yg bertemakan biru.. I like semangat masa buat ni sebab my favourite color too... Terima kasih Azura!
Rangka condo yg baru siap!
Penghuni kondo tingkat penthouse!

Penghuni-penghuni ditingkat satu dan dua hehhehee...!

Aksi beramai-ramai untuk melihat keteguhan condo.

Monday, July 13, 2009

Jazilah,Mastura & Zuraini

Salam uoals,
Order untuk minggu lepas.
First order dari Jazilah untuk surprise katanyer. Thank you Jazilah
Order seterusnya dari Dya pun utk surprise. Thank You Dya!

Diikuti dgn order dari Mastura 3kg Moist Choc Kek dan 50 choc cuppies. Thank you Mastura!

Dan yg terakhir untuk minggu lepas adalah order dari Zuraini. Thank you Zuraini!

Monday, July 6, 2009

Nuur, Lin, Sue, Noor, Nurul & Saliha

Salam uols,
First order from Nuur 16 pcs M saiz cuppies Terima kasih!
Diikuti dgn order dari Lin Terima kasih!
Seterusnya order dari Sue she request buat gambar camera dan lense... ada rupa ker hehhehee.. anyway Thank you Sue!
Walnut carrot cake order from my sista untuk dibawa ker Johor.
Ini order dari Nurul..she request utk lukis Ben Sepoloh.. tapi Ogy tak sempat jadinya hanya flag aja yg mampu Ogy buatkan. Choc cuppies yg di frostkan dgn choc. Terima kasih Nurul!
Penutup order minggu lepas order dari Nor Saliha 100 pcs S cuppies yg disusun menjadi bentuk nombor 1. Terima kasih Saliha.

Monday, June 29, 2009

Cupcakes kosong dan Kek tingkat

Salam uols,
Minggu lepas adalah minggu yg sangat memenatkan... 3 hari tido pukul 4 pagi nak menyiapkan tempahan cupcakes kosong yg diorder oleh Linda sebanyak 2200 biji dan 2 tingkat kek kahwin.
Alhamdullilah semuanya selesai jam 11 pagi Khamis lepas tu terus bergerak hanta ke Temerloh, Terima kasih Linda.
Hari Jumaat Ogy MC qada tido...huhuhuuhu...
Gambar dibawah adalah kek condo 2 tingkat.
Gambar cupcakes yg siap dibungkus Ogy terlupa nak amik gambo.. jamu mata dgn kek kondo jer la ya!


Monday, June 22, 2009

I'm getting slow!

Salam Uols,
Ini projek minggu lepas... ada beberapa order untuk saya yg slow ni. Saya hanya amik order utk weekdays sahaja minggu lepas.. sebab Sat & Sun saya nak berehat dan menyediakan barang2 untuk order Linda dan menghantarnya ke Temerloh pada hari Khamis.
Jadi minggu ni saya tutup order hingga minggu depan baru buka semula, saya akan sangat busy minngu ni.
Untuk minggu ni saya dah tak mampu nak amik order lain selain dari order Linda.
Maaf ya buat sesiapa yg teringin nak order minggu ni saya tutup seminggu... minggu depan Isnin 29 June saya buka semula.
Ini order dari Zulia, she's my loyal customer.
This time Zulia order for father's day... yg Ogy sudah tersalah tarikh hehehhee.. Thank you!From Zulia juga utk Hubby.
FYI : Untuk order 3 small cute cuppies ni Ogy hanya buat jida ada cuppies extra ya!
Order from Wan utk makan2 dirumahnya. Thank you.
Order from Dya..this time Dya request utk father's day pulak.. Bagus2 betul bakal menantu nih! Thank you!
Order from my cousin Sipere...She's order Choc Marble Cheese cake yg Ogy surahkan dgn choc. Thank you!
Cuppies order from Anisah.. Thank you!
Dan terakhir sekali sebiji kek Buah Kukus yg Ogy lupa nak snap gambo.. order from cikgu2 di Sri Garden School.