LovelyCakes selling HALAL and freshly homemade Cakes and Biscuits with various flavour for you to order any time and any occasions.



Monday, December 20, 2010

Promosi Year End Sales!!!

alam,
New promotion for my comeback dan year end sales juga.
Bukan selalu ada promotion mcm ni tapi sekali sekala apa salahnya.
Jadi apa yg akan di promosikan check it out below.

Item : Cupcakes ( L )
Qty : 25 pcs / box
Flavour : Choc Only
Frosting : Special Buttercream
Price : RM 50.00 normal price RM 62.00
Duration : Until 3 January 2011

Wah! Murahkan sangat sesuai sebagai buah tangan pada yg menyambut Krismas dan juga sambutan tahun baru.
Promosi sehingga 3 January 2011 sahaja.
Tempahan dibuka tanpa mengira tarikh asalkan tidak melebihi tarikh tamat promosi.

Contoh mcm gambar dibawah.
* Design yg simple sahaja min 2 warna.

PROMOTION CLOSE!

Friday, December 17, 2010

Blueberry Cheese Tart

Yummy Blueberry cheese tart! Tak percaya cuba la only RM 0.80 per pcs.
Sekali cuba mesti nak lagi... hhhehehehe..
Min order 12 pcs = RM 9.00 only

Wednesday, December 15, 2010

New Price and new Package

Cupcakes with Red Devil design


Moist Choc Cake
Salam,
Okeh dah hampir setahun merehatkan diri... tiba masanya Lovelycupcakes bersilat semula.
Sebelum ni pon dlm berehat still amik order cumanyer tak open pada org luar lebih pada order family saja.
Ada perubahan harga untuk cupcakes, budget corner, package cupcakes berkat dan mcm2 lagi bole tgk kat sidebar for new price ya.
Untuk Whole cake effective 15th Dec 2010 ini harga terbaru.
Kalau tgk gamba lama dan harga lama sila abaikan.
Walnut Carrot Cake = RM 55 / recipe
Choc Moist Cake = RM 40 / recipe
Tartura Butter Cake = RM 35 / recipe
Marble Choc Cheese = RM 45 / recipe
Moist Fruit Cake = RM 45 / recipe
Ada mcm2 kek lagi tapi Ogy hanya listkan yg lima ni saja kerana the most top sale dan yg terbaik.
Untuk kek2 yg lain sila sms untuk sebarang pertanyaan.
Camtu juga untuk kek bertingkat dan kek yg memerlukan deco menggunakan edible image dan fondant sila sms ya!.

Saturday, August 14, 2010

Biskut Raya

Salam,
Dah seminggu kita berpuasa...
Disini Saya nak iklankan biskut raya tahun ni.
Hanya 4 jenis saja tapi semuanya enak dan semestinya berkualiti.
Mari kita berkenalan dgn biskut2 itu.

Choc Treasure my no.1 top sales... Biskut ni sentiasa mendapat permintaan walaupun bukan di musim perayaan.
Harganya RM 22 / 50 biji
Snow Almond biskut ini pun mendapat sambutan yang hangat... Tersenarai dlm top 5 biskut yg sedap tahun lepas.
Rasa almond dan cokolat yang disalut serbuk roti memang sangat enak.
Harganya RM 22 / 50 biji
Biskut Gajus biskut klasik yg sentiasa mendapat tempat dihati orang ramai.
Sangat enak sehingga ke peringkat kanak2 mengemarinya.
Harganya RM 20 / 50 biji
Sweetie Love biskut ala-ala mama carrie tapi diolah menjadi sweetie sangat enak kerana rasa biskut yang cair didalam mulut... ditambah pula dengan keranggupan putih telur yg manis sebagai hiasan.
Harganya RM20 / 50 biji
Untuk sample sila sms nama dan alamat. Sample adalah terhad.
Tempahan dibuka sehingga 21 Aug 2010 sahaja.

Friday, August 6, 2010

Cupcakes Sale!!!!!

Salam,
Nak iklan sket!!!!!
Selasa 10 Aug ni ada buat fast sale cupcakes, Cupcakes ni lebihan dari order tak terlarat teman nak perabihkan.
Jadi sesapa yg teringin nak rasa bole la order ya! Reply kat ruang komen jer nanti ai check.
Ataupun nak jamu rerakan atau family sempena menyambut puasa molek bebenor.
Sapa order dlu dia la yg dapat.
Only 2 kotak jer yg ada.... details kat bawah beserta gambar.

12 pcs L size Cupcakes per box

Choc flavour
Choc Frosting
Price RM24 only
Self pick up kat KLCC 12pm atau 5pm
Kalau nak delivery boleh! tapi takde masa nak klua jadi kena la guna khidmat dispatch boy. Delivery charge RM6 Klang Valley area.
FYI... design hok gitu jer takde gempak2 punyer sebab tidak punya banyak masa.

Thursday, June 17, 2010

Pakej untuk majlis berkat

Salam! LovelyCakes ada menyediakan pakej istimewa utk para tetamu dihari bahagia anda.
Sesuai juga untuk sebarang majlis.
Terdapat 3 pakej yg menarik dan harga yang berpatutan.


Pakej Butterfly

RM 1.50 / 50 box = RM 75.00

RM 1.20 / 100 box = RM 120.00
Container plastik yg mempunyai corak butterfly diatasnya dan mengandungi 4 mini muffin.
Pilihan 2 perasa untuk setiap kotak.

Pakej Bulan -
100 - 300 pcs / RM 1.30 per pcs
300 - 600 pcs / RM 1.20 per pcs
600 - 1000 pcs / RM 1.10 per pcs
Container berisi cupcakes kosong saiz M + stiker terima kasih.
Hanya 1 perasa untuk setiap 100 biji.
Pakej Bintang -
100 - 300 pcs / RM 2.50 per pcs
300 - 600 pcs / RM 2.30 per pcs
600 - 1000 pcs / RM 2.10 per pcs
Cupcakes with dome casing berisi cupcakes saiz L beserta hiasasan buttercream.
Hanya 1 perasa untuk setiap 100 biji.

Perasa kek :
Chocolate
Butter
Pandan
Orange
Strawberry


Jika ingin order lebih dari 1000 biji harga istimewa akan diberikan.

Tuesday, June 15, 2010

Bismillahhirahmannirahim

Saya kembali berwajah baru setelah hampir setahun menyepi... menyepi bukan sebarangmenyepi ya! tapi menyepi sambil mengasah ilmu.
Hampir setahun berehat, menenangkan hati serta mentarbiah diri akhirnya Lovely Cupcakes yg kini diberi nama baru Ogy LovelyCakes bangun menyahut cabaran yg pastinya lebih mencabar.
Nama Lovely Cupcakes telah digantikan dengan Ogy LovelyCakes adalah simbolik ibarat lahirnya sesuatu yg fresh, lebih bertenaga serta lebih berdaya saing. Dan membawa motto yg baru CAKES BAKED WITH LOVES.
Ya! I love baking so much! bercuti hampir setahun hanya satu tempoh berehat dan belajar, Sebagai manusia biasa saya mengalami simpton give up dan penat yg teramat... give up disini adalah kurangnya ilmu saya menangani masalah dalaman dan penat kerana kurang pandai membahagi masa.
Insyallah! Walaupun sekarang saya ada baby 1 tahun 8 bulan saya cuba membahagikan masa untuk anak-anak dan busines sebaik mungkin.
Saya harap kembalinya saya ke arena perniagaan baking ni diterima dan terus mendapat sokongan anda.
Terima kasih pada yg masih sudi menghantar borang order serta sms, sokongan anda sangat dihargai.