LovelyCakes selling HALAL and freshly homemade Cakes and Biscuits with various flavour for you to order any time and any occasions.



Monday, August 24, 2009

Selamat berpuasa!

Salam Ramadhan buat semua..
Semoga tahun ini puasa anda diberkati... Amin!
Ok! bermula 1st ramadhan 22 Aug sehingga 27 Sep tempahan untuk Kek dan Cupcakes ditutup ya!...
27 Sep baru kek dan cuppies beroperasi semula.. Ini utk beri laluan saya menyiapkan tempahan biskut dan berehat juga sebenarnya supaya dpt menjalani ibadah puasa dgn aman!
Satu lagi tempahan biskut raya Ogy dah tutup ya! dah sampai limit takut amik lelebih karang tak terbuat pulak.
Blog ni pon cuti gak sepanjang bulan puasa.. lepas raya baru saya update dgn gamba2 order ya!
Tapi blog http://jemariseni.blogspot.com/ Ogy update..kalau rindu (ader ker ... hehhehehe) boleh la jenguk situ ya!
Sekian!

Monday, August 17, 2009

Biskut Raya

Salam Uols,
Biskut Raya kembali lagi...
Maaf la kalau lambat kluakan iklan biskut raya ni... ramai yg menunggu sample, ada technical problem dan kesuntukan masa.
Org lain dah kluakan lama dah sample Ogy baru minggu ni berkesempatan.. takpe slow-slow kayuh aik!
Sesapa yg nak sample sila sms Ogy.. Ogy akan cuba hantar secepat mungkin.
Buat yg jauh Ogy akan kirim menggunakan curier.
Tapi penghantaran bermula hari ini atau sehingga stock sample masih ada ya! kalau dah habis harap maaf!
Untuk tempahan boleh sms atau email Sila nyatakan:
Nama
No Hp
Alamat
Jenis Biskut
Qty
Biskut-biskut akan dihantar 2 minggu sebelum raya insyaallah.
Tempahan dibuka sekarang sehingga 1st ramadhan.
Tempahan juga dibuka untuk yg duduk luar KL... Ogy akan curier biskut ke alamat anda.
Ok! tahun ni Ogy hidangkan 5 jenis biskut raya antaranya...
Choc Treasure - RM20 / 50pcs
Biskut ini dah 3 tahun Ogy buat dan menjadi pilihan ramai... tetap No 1 sale.
Nut's Choc Chip - RM20 / 50pcs
Biskut ni memang sarat dgn Choc chip dan kekacang... rasanya ala2 famaous amos for my tekak la... hehehehe...
Budak-budak mesti suka.
Biskut Roche - RM20 / 50pcs
Yang ini sekali pandang mcm ala-ala ferrero Roche aik? atau nama lain biskut ni adalah Biskut Denmark.
Biskut ni ada rasa biskut samperit jugak cumanya ada tambahan choc dan kacang diluar.
Biskut Mazola - RM18 / 50pcs
Asyik biskut moden jerkan... kali ni Ogy masukkan satu biskut traditional..
Sapa tak kenal biskut mazola @ biskut kacang.. rasanya sangat lembut cair dimulut gitu.
Biskut Ghee Ranggup - RM18 / 50pcs
Biskut ni ada sentuhan ala-ala biskut arab @ biskut suji cumanya biskut ni dia crunchy.
Rasanya lemak sebab menggunakan ghee.
Jika dilihat kebanyakan biskut Ogy mesti ada Choc tak pun kekacangkan..sebab 2 mende tu yg paling Ogy suka... Jadi bila kita buat sesuati yg kita suka insyaallah the turn out pasti memberangsangkan.
Jgn tunggu lagi tempah sekarang sebelum order ditutup.
TERIMA KASIH!

Monday, August 10, 2009

Fazreen, Anisah, Kak Miah

Salam Uols,
Ini antara order minggu lepas.
Yang pertama order dari Fazreen fondant Kereta mini dan roses.
Model Kereta yg dah siap.. ada ker rupa Mini Car ni???
Selepas dibungkus!
Order Kedua fondant roses.
Selepas dibungkus!
Terima kasih Fazreen moga2 bride & groom suka.
Order yg ketiga dari Anisah Marble choc cheese yg dicurahkan dgn Choc! Terima kasih
Dan yg terakhir order dari Kak Miah my neighbour untuk pertunangan anaknya. Terima Kasih!