LovelyCakes selling HALAL and freshly homemade Cakes and Biscuits with various flavour for you to order any time and any occasions.



Monday, December 22, 2008


Tempahan dari Hisham Sentul untuk anniversary mereka, first time dpt customer lelaki request kek utk anniversary selalu perempuankan! Dia sengaja request 7 kuntum ros simbolik utk usia perkahwinan mereka. Kek dlm kek coklat dilapisi ngan stawberry paste. Thanks.


Tempahan dari Aini Kajang berpusing nak cari rumah you.
Aini request clown dan kung fu panda kesukaan anak dia, hok clown tu ok lah tapi panda terpaksa la Ogy guna edible. Kek dlm kek coklat kukus yg dilapisi coklat syrup. Thanks Aini.
Tempahan last minute dari Jiran Kak Miah untuk hadiah pertunagan anak buah dia.
Order malam nak bawa esok pagi. Uwaaa!! nanggis tau nasib baik bahan2 semua ada kat rumah dan dia nak simple design. Lepas baby dan abangnya tidur terus kukus kek buah kemudian uli fondant dan campurkan warna, dah ada anak kecik ni semuanya keja kena buat ikut time tidur dia kalau tak haru. Esok pagi lepas solat subuh terus deko nak deko terus mlmnya dah tak dan. Thank you.

Monday, December 15, 2008

Set Meja Pengantin

Assalammualaikum!
Lovely Cupcakes juga ada menyediakan perkhidmatan Set Meja Pengantin atau Main table.
Cth:

Apa yang terdapat didalam set tu?
~ 50 biji cupcakes saiz besar dihiasi dengan Buttercream warna dan design pilihan anda.
perasa pilihan Choc, Vanila, Oren atau Strawberry
~ Satu Jambangan bunga
Kalau mahu jambangan bunga hidup extra RM 30
~ Lingkaran bunga
~ Alas kek yang dihias dengan lace.
~ 6 biji wine glass ( jangan guna utk minum wine tau! tuang air sejuk hehehehe)
~ Kain Satin
Wah! Berapa pula harganya ?
Tak mahal hanya RM 180.00 tak sampai pun RM 200.00 murahkan!
*Free delivery.
Cepat! tempah sekarang!

Thursday, December 11, 2008

Tempahan Kek Hari Raya Aidilfitri



Ini pula gambar tempahan kek yg menjadi kegemaran pelanggan Lovely Cupcakes Walnut Carrot Cake dan Choc Marble Cheese Cake ada lebih kurang 30 biji semuanya tapi tak berkesempatan nak snap semua kek ada yg ambil guna camera HP tapi terdelete pon ada sakit hati tau.
Alhamdullilah dengan kudrat yg tak seberapa rezeki mencurah bulan ramadhan lalu., bila diingat balik masa marathon siapkan kek dan biskut mcm tak percaya pulak.

Tempahan biskut hari raya aidilfitri

Saja nak upload gambar, baru berkesempatan.
Tempahan2 biskut hari raya aidilfitri yg lepas, tak menang tangan dibuatnya alhamdullilah dalam perut memboyot semuanya dapat diselesaikan.
Antara biskutnya Choc treasure, Choc Chip, Vanice Shortbread dan Oren Dahlia.

Wednesday, December 10, 2008

Budget Perkahwinan

Assalammualaikum!
Budget ni khas buat bakal2 pengantin atau sebarang majlis.
Harganya:
100 - 300 biji = RM 1.90
300 - 600 biji = RM 1.80
600 - 1000 biji = RM 1.70
1000 - 2000 biji = RM 1.60
2000 biji keatas = RM 1.50
Harga asal adalah RM 2.00 sebelum diskaun
Harga diatas termasuk hiasan menggunakan buttercream yang warnanya mengikut tema perkahwinan anda.
Dibawah adalah contoh design yg boleh di pilih, terdapat sepuluh design yang pasti menarik hati anda.

SP 1 SP 2 SP 3 SP 4

SP 5 SP 6 SP 7 SP 8
SP 9 SP 10
Untuk harga sebegini cupcakes anda akan disertakan dengan casing berbentuk dome jadi cupcakes anda sentiasa didalam keadaan bersih, segar dan mudah untuk pengendalian.
Nak lagi! cupcakes anda juga disertakan dengan reben yg comel mengikut tema warna perkahwinan anda.
Cukup tak? nak lagi! cupcakes anda juga akan diberikan sticker terima kasih beserta nama anda dan pasangan.
*Pilihan Perasa kek :
Choc
Vanila
Oren
Strawberry
Murah! Semoga bersesuaian dengan budget anda

Resepi Puding Buah-Buahan

Hari ni banyak masa yang terluang,
Saya ada resepi campak-campak akhirnya jadi puding yang sangat sedap, semua menggunakan bahan2 yg hampir nak expired dari membazir ku masakkan mereka.
Dapat la bagi jiran kiri kanan merasa, my mom suka sangat tak manis sangat.
Taktau nak bagi nama apa jadi saya namakan Puding buah-buahan jer la.

Bahan2-
1 tin laici - asingkan air dan buah
1 tin ciub nenas - asingkan air dan buah
1/2 tin buah peach - asingkan air dan buah
1 cawan susu segar
5 cawan air
4 sudu makan serbuk agar2
1 cawan gula

Caranya-
Masukkan semua bahan cairan, gula dan agar masak sampai menggelegak.
Kemudian masukkan buah-buahan pula masak kejap jer dan masukkan dlm loyang saya suka kalau buah tu masih terasa bila digigit tak lembik dan sejukkan
Wallaa! dah sejuk ngap la sedap jer lalu kat tekak.

Baby Alesha

Assalammualaikum!
Lama dah tak update blog! takda masa nak menaip lebih2 lagi bila dah ada baby Alesha.
Alhamdullilah Alesha dah 5kg sekarang ni, sebulan naik sekilo lagi tembun dari abang dia.
Aktiviti biz sudah bermula pada sesapa yg nak menempah kek dipersilakan.
Esok saya akan keluarkan promotion baru khas untuk mereka-mereka yang akan mendirikan rumah tangga.
TUNGGUUU!!!